BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

02 March 2012

~Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia~

~ Tatkala aku membaca kisah cinta dari seorang penulis ini..
tiba-tiba hatiku sayu membacanya..
 terkenang kisah ku yang lalu...
seakan-akan sama seperti jalan cerita hidup ku..
mari kita renungkan bersama.. ~
                                                                                                                                                                 
Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju. 
Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti. 
Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia..
Biodata Penulis : Mohd Nazarul Elmy

11 January 2012

~Doaku Untukmu Sayang~


 Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

............
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
................
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

..........
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

~ 12 Januari 2012 ~



06 January 2012

~2012~

Huhuhu...lamanya nda menulis di blog ku ni...tup tup sudah masuk tahun baru...
Yeah!!!!!2012 sudah --->>> favourite numbur ku...hehehe
Harap-harap tahun baru ni memberi makna buat aku...hehehe
Doakan kejayaan ku dunia & akhirat ah...hehehe
K la...kita berjumpa di lain hari lagi ah...hehehe

Ni la gambar tahun baru ku...hehehe

29 November 2011

~Terima Kasih Sahabat~

Wahai Sahabat, tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.
Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.
Wahai sahabat, kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat
Wahai Sahabat dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.
Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu. Amin

Terima kasih Sahabat

~Untuk Gadis Sahaja~

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati...telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya...
Seorang gadis itu...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi...cinta untuk dirasa...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia...
ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia...begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...
Seorang gadis itu...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini..
dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya...
Seorang gadis itu...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah...
Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji...
seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah...
kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah...
Seorang gadis itu...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara...
dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya...
dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya..
Seorang gadis itu...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan...
Seorang gadis itu...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari...
dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya...
kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini...
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama...
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu...
anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah,
dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ...
anak ummi & ayah, muslimah yang solehah..
kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...
Seorang gadis itu...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu...
menuju cintaNYA yang ABADI

16 November 2011

~Lelaki di akhir zaman ini..~





Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui

Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri

Yang ada kini hanya


Sibuk dengan urusan mengumpul dunia


Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

16 September 2011

~Sekian lama~

Setelah 4 bulan bercuti, akhirnya menjadi student semula..hehehe..kali ni sangat berbeza sebab sudah menjadi senior..wah..best..best..bestnya...hehehe...semester ni sibuk nak buat tu buat ni..apa-apa pun study kena steady..orait..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...